Skip to main content

Posts

Featured

Cat Sanctuary

Antara impian saya adalah punya rumah atas tanah yang luas. Jadi boleh dirikan suaka kucing. Adakan rumah untuk kucing-kucing jalanan.



Semalam jumpa kakak cantik yang dirindui. Lama tak jumpa. Antara soalan comel yang dia tanya pada saya, "Sekarang kucing Ajan berapa ekor?" Ini macam soalan tanya khabar untuk aku. Agaknya banyak sangat post tentang kucing. Yang menariknya, dia cerita. Suatu hari, dia beraya ke rumah kawannya. Tanah satu ekar. Ada banglo. Belakangnya dusun. Ada sekali suaka kucing. Kawasannya dipagar. Ada sangkar-sangkar. Kucingnya terurus, semua dikembiri. 50 ekor kucing! Berapa agaknya kos urus kucing-kucing tu setiap bulan? Eh, sibuk tanya hal orang! Sendiri buat apa? Kena naiktaraf impian ni jadi pelan bertulis. Kemudian naiktaraf lagi jadi tindakan.


Ajan,
Bertatih ke arah cita-cita besar.

Latest posts

Gol 2018

Cinta, Jodoh dan Ajal

Hilang

Cantik

Cinta Hati

Pilihanraya Paling Tenang

Bakat Yang Tak Digilap

Tertutup Satu Pintu Syurgaku

Emosi, Prasangka dan Neraca

Mulakan Pagi Dengan Positif